Saturday, September 18, 2010

UCAPAN TAHNIAH DARI PIMPINAN IKHWAN MUSLIMIN







Oleh: Ahmed Jundy
Sambutan Eid Mubarak bagi umat Islam dengan kemeriahan dan kegembiraan berbeza dari sambutan-sambutan yang lain, kerana Eidul Fitri di dalam Islam bukan sekadar mempunyai nilai-nilai kemasyarakatan yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain, tetapi sebagai ketaatan dan ibadah yang mendekatkan dengan Allah. Bahkan hari Eid Fitri al-mubarak ialah hari kemenangan, di mana Allah telah menyempurnakan pahala dan ganjaran untuk orang-orang Islam yang berpuasa dengan penuh ketaatan sepertimana orang-orang Islam sampai pada hari Eidul Fitri dengan penuh ketaatan dan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

Bagi saya sambutan Eidul Fitri mempunyai banyak nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan kerana semasa Eid manusia bertemu dan saling bertaut hati-hati yang menghasilkan kasih saying dan kemesraan dan saling bersalaman antara satu samal lain. 

Begitu juga semasa Eid mengingatkan kita hak orang-orang miskin di dalam masyarakat Islam supaya kegembiraan turut dirasai oleh semua golongan . Inilah tujuan syariat seperti zakat fitrah semasa Eidul Fitri ini.

Adapun nilai kemanusiaan di hari Eidul Fitri terbukti di dalam penyertaan umat Islam keseluruhannya dengan merasai kegembiraan dan keriangan pada masa yang sama. Ini kerana jelas kesatuan mereka dan banyaknya perhimpunan dan pertemuan mereka. Apabila umat Islam bertemu dengan perasaan yang sama akan menguatkan ikatan pemikiran, semangat dan kemasyarakatan.

Hari Eid ialah hari keriangan dan kegembiraan bahkan orang-orang mukmin berhak menikmati kegembiraan di dunia dan akhirat kerana Allah memberi kelebihan kepada mereka dengan satu perlindungan berdasarkan firman Allah: 

“Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 58)

Barisan pimpinan ikhwan amat menekankan ucapan tahniah kepada saudara-saudara mereka dan umat Islam seluruhnya setiap kali Eidul Fitri sebagau suatu cara untuk menguatkan hubungan silaturrahim dan ikatan pemikiran,semangat dan kesatuan antara mereka dan saudara-saudara mereka yang lain.

Dr.Rasyad Bayoumi

Beliau yang juga Naib Mursyid Am berkata: “Sempena hari bahagia saya ingin mengucapkan tahniah dengan ketibaan Eidul Fitri yang mulia dengan memohon Allah Taala mengembalikan kemuliaan dan kemenangan kepada mereka, dan mencapai impian mereka dan menerima amal soleh mereka. Beliau mengkhususkan ucapan kepada  saudara-saudara yang berada di sebalik jeriji dengan mengucapkan tahniah dan selamat sambil memohon Allah mengembalikan mereka dalam keadaan selamat dan sihat kepada keluarga mereka serta membahagiakan keluarga dengan kepulangan mereka. 

Dr. Muhammed Morse

Dr. Muhammed Morse anggota Maktab Irsyad dan jurucakap resmi mengucapkan tahniah dengan nama kesatuan umat Arab dan Islam bersempena Eidul Fitri al-Mubarak sambil memohon Allah mengurniakan kemenangan kepada ummah, membebaskan bumi Iraq daripada penjajahan terkutuk, menamatkan kepungan yang kejam ke atas Gaza, melumpuhkan Zionis dan sekutunya, Allah memuliakan para pejuang, mengembalikan Masjidil Aqsa, menyatukan perjuangan rakyat Palestin sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan, bagi membebaskan tanah air mereka dan menghadapi musuh mereka dan musuh kita sedangkan di belakang mereka ialah rakyat yang berkorban demi mendapatkan hak-hak mereka sambil melaungkan “Berdiri teguhlah dan bersabarlah, kuatkan ikatan kamu..wahai saudara kami di Gaza”.

Dr. Morsey turut berpesan kepada Ikhwan di semua tempat, di mana mereka telah mengemblingkan tenaga di jalan dakwah sambil memohon Allah menerima amalan, waktu dan pengorbanan mereka. Beliau berkata: “Ketahuilah bahwa kamu dengan kurniaan Allah berada di atas kebenaran dan kita wajib mengorbankan segala yang bernilai dan seluruh jiwa demi kemaslahatan akidah dan tanah air kita. Semoga Allah meneguhkan kamu dan kita semua di atas kebenaran serta mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat..

Begitu juga beliau turut mengucapkan tahniah dan salam buat Ikhwan yang dikurung khasnya yang dipenjarakan oleh undang-undang tentera yang kejam. Mangsa yang paling utama ialah Ir. Khirat Syatir, naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin dan seluruh anggota Ikhwan yang lain dengan menegaskan bahwa mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Umat Islam biarpun undang-undang menzalimi mereka kerana kuasa Allah mengatasi tujuh petala langit di mana Allah pasti akan menghukum dan membalaskan kekejaman mereka. Segala pengorbanan mereka pada jalan meninggikan panji kebenaran dan pengislahan sekali-kali tidak akan lenyap. Mereka sebenarnya berdagang dengan Allah
dengan jiwa dan harta mereka. Dengan izin Allah perniagaan mereka tidak akan sia-sia. 

“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 111)

Dr. Morsy berpesan kepada mereka yang menjadi tawanan dengan menegaskan bahawa ganjaran mereka dilipat gandakan insya Allah. Mereka adalah contoh pengorbanan, sumbangan dan ketaatan kepada apa yang diredhai Allah sambil mendoakan mereka supaya Allah meneguhkan pendirian mereka dengan menegaskan bahwa tahanan ini merupakan teladan dalam keteguhan, pengorbanan dan kesabaran di atas kesukaran dan ujian, bahkan mereka mempamerkan contoh kepada orang yang bekerja untuk Islam dan orang yang membela Islam. Mereka akan dibalas oleh Allah di atas apa yang menimpa mereka. 

Beliau mengatakan kepada mereka: “Kami pada hari yang mulia ini menyampaikan khabar gembira kepada kamu di atas kesabaran dan keteguhan kamu dengan ganjaran dan pahala di dunia dan akhirat, kerana sesuatu kezaliman adalah kegelapan yang pekat biarpun panjang tetap akan lenyap dan musnah sedangkan fajar kebenaran tetap akan menyingsing tidak lama lagi. Begitulah kehendak Allah yang Maha Perkasa. Firman Allah: 

"Dalam sedikit waktu lagi pasti mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal." (Al-Hajj: 40)

Dr. ‘Issam ‘Iryan

Dr. ‘Issam anggota Maktab Irsyad turut memberi perutusan tahniah kepada mereka yang berpuasa yang melaksanakan ibadah puasa, qiam dan bersungguh-sungguh beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau memberikan tahniah khusus untuk ikhwah yang dikasihi yang berada di balik jeriji yang telah diperlakukan melalui undang-undang zalim yang telah merampas kegembiraan mereka dan keluarga mereka sempena Eid Mubarak ini sambil mendoakan supaya Allah memberikan kegembiraan di dalam tahanan, membebaskan mereka dan seterusnya bergembira merayakan Eidul Fitir bersama keluarga tersayang.
Beliau turut menambah bahawa Eidul Fitri adalah kegembiraan buat semua muslin yang tidak dicemari melainkan oleh darah-darah umat Islam yang mengalir di Somalia, Iraq dan Afghanistan, sama ada akibat tangan musuh atau tangan kumpulan-kumpulan tertentu yang kita tidak tahu siapakah disebaliknya, sambil memohon kepada Allah supaya menyempurnakan kegembiraan kita dengan pembebasan negeri-negeri Islam seluruhnya. 

Beliau turut mengucapkan tahniah khusus kepada Ikhwan Muslimin sambil mengharapkan Allah mendatang Eid yang akan dating dalam keadaan mereka lebih teguh keazaman dan tekad untuk melaksanakan syariat Allah, berjalan di atas landasan kebenaran dan membawa kebaiakan kepada semua manusia.
Dr. Muhammad Ali Basyar

Dr. Muhammad anggota Maktab Irsyad mengucapkan tahnia kepada Ikhwan yang berada di balik jeriji seperti Ir. Khirat Syatir, Hassan Malik, Shadiq Syarqawi, Ahmaed Syausyah dan Ahmad Asyraf sambil memohon Allah agar membebaskan mereka secepat yang mungkin dan juga semua saudara-saudara islam yang lain.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin di seluruh dunia dengan mendoakan supaya meneguhkan agama ini dan membuka pintu hati sehingga kebaikan dan kebahagan tersebar di segenap ceruk kampung dan bandar kerana agama ini membawa penawar yang mampu mengubati penyakit yang melanda dunia hari ini.


Beliau juga berpesan kepada Ikhwan supaya menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa membaca al-Quran, berdoa supaya Allah mengangkat segala bencana dan petaka yang melanda kita dan seterusnya Allah mengembalikan kedudukan umat Islam ke tempat yang tertinggi


AGENDA SELEPAS RAMADHAN





Oleh: Dr. Jamal Nasier

Tidak dinafikan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan penuh keagungan dengan bermacam kelebihan di dalamnya. Ini kerana umat Islam memperolehi kebahagiaan di saat umat mendekatkan diri dengan Allah seperti bulan yang mulia ini setiap tahun melimpahkan keberkatan, kebaikan, kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka, satu saat yang dinantikan golongan tua dan muda, lelaki dan perempuan, golongan kaya dan miskin di mana Allah campakkan perasaan itu di lubuk hati semua para mukminin termasuk hati kanak-kanak yang tidak mengenal erti puasa mahupun qiam.  

Ramadhan adalah bulan yang membangunkan jiwa dan salah satu rukun Islam yang telah dipilih oleh Allah sebagai pintu-pintu Islam yang besar dan sudut-sudut Islam yang luas dan Allah jadikannya sebagai salah tiang kepada Islam. 

Oleh itu, bulan Ramadhan bukanlah semata-mata untuk memperolehi kebahagiaan ketika berada dibulan ini dan merasai kesedihan ketika berpisah dengannya kemudian menunggu kedatangan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Bulan Ramadhan adalah umpama salah satu tiang yang menampung Islam. Cuba bayangkan bersama saya, jikalau tiang-tiang ini tidak ada atau bayangkan tiang-tiang ini dikhianati atau bayangkan tiang-tiang ini berlaku kecacatan semasa pembinaannya atau kecacatan semasa pemasangannya, apa yang akan terjadi? Pastilah binaan keseluruhannya akan runtuh walaupun hanya berpunca dari satu tiang sahaja. Benar..binaan yang besar akan runtuh seluruhnya!

Seandainya kita mahukan sebuah binaan yang kuat lagi kukuh bagi umat ini maka asas binaannya mestilah kukuh. Kemudian tugasan selepas Ramadhan mestilah sampai tahap terbaik hingga mampu memikul amanah Islam yang agung lagi hebat. 

Dengan keazaman, pemikiran dan dari titik tolak ini kita ingin hidup selepas Ramadhan dan kita ingin supaya kita berkemampuan untuk memikul amanah yang agung dan besar ini. Justeru isu ini bukan sekadar isu puasa sahaja tetapi isu pembinaan umat atau dikatakan pembinaan sebaik-baik umat: kita bawakan isu terbiyah kerana barisan muslim perlu kepada elemen tarbiyah yang lebih khusus. Ramadhan datang dengan fungsi ini kerana seorang muslim tidak akan mampu untuk berjihad, berjuang atau berdiri teguh melainkan jika mengambil elemen tarbiyah secara seimbang. Bulan Ramadhan mendidik kita dengan tujuh jenis akhlak; antaranya mendidik kita menyahut perintah Allah dengan sempurna tanpa melihat hikmat di sebaliknya, begitu juga Ramadhan mendidik kita  supaya mengawal syahwat yang cenderung kepada sesuatu yang tidak diredhai Allah, akhlak mendidik kita supaya mengawal perasaan dan keupayaan menahan marah, mendidik kita untuk menafkahkan pada jalan Allah. Begitu juga Ramadhan mendidik kita kepada sensitiviti yang mulia iaitu sensitiviti kesatuan, persaudaraan dan solidarity antara semua umat Islam di seluruh dunia dan sensitiviti kepada penderitaan dan permasalahan orang lain.

Fakta terakhir bahawa Ramadhan mendidik kita satu perkara yang sangat penting. Perkara ini adalah intipati ibadah puasa yang menjadi tujuan utama puasa iaitu Ramadhan mendidik kita kepada “takwa”. 

Justeru kita wajib menghayati dan menghidupkan amalan selepas Ramadhan untuk membangunkan diri kita dan umat kita yang baru. Sensitiviti yang memuliakan dan mengutamakan Islam adalah antara elemen penting kepada kemenangan dan keteguhan Islam. Umat yang memiliki sensitiviti kepada selain Islam menyebabkan umat tidak akan bangun dan tidak akan menuju puncak ketinggian.  

Beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada Ramadhan

- Sentiasa mencintai ilmu dan kefahaman agama dengan menggemblingkan tenaga untuknya dan mengambil ilmu ini daripada sumber yang tulin: Kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw, sirah dan petunjuknya berpandukan pedoman yang ditinggalkan oleh ulamak terdahulu berupa pusaka ilmu dan ketamadunan yang masih menjadi tumpuan manusia dan kekal begitu sehingga hari Kiamat.

- Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah melalui puasa sunat, qiamullail, zikir, tilawah al-Quran, muhasabah diri, bertaubat, beristighfar, sedekah dan lain-lain lagi.

- Sentiasa menjaga akhlak dan budipekerti mulia seperti berbuat baik dengan ibubapa, menjaga silaturrahim, mengelakkan diri dari menyusahkan orang lain dalam apa jua bentuk, menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain, berlaku ihsan iaitu melakukan yang terbaik kerana takutkan Allah, mengharapkan pahalaNya dan menjauhkan diripada perbuatan jahat yang menghasilkan perbuatan jahat yang lain, tetapi menjadikan perbuatan jahat diganti dengan perbuatan baik.  

- Sentiasa menyucikan hati daripada sifat iri hati, hasad dengki, khianat, menipu, was was, bermusuh dan membenci terutama seperti sabda nabi:  

“Berpuasalah pada bulan kesabaran dan tiga hari setiap bulan akan menghapuskan dosa dan amalkanlah harru sodr”. (Ibn Hibban) 

Menurut ulamak harru sodr ialah perbuatan yang tidak ada penipuan, was was, bengis, iri hati, hasad dengki, marah. Inilah perbuatan yang dapat menghindarkan dari perpecahan dan persengketaan.

-Sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya mengurniakan kita sifat ikhlas, jujur, sabar, melakukan usaha menasihati dan mengajak manusia ke jalan yang benar dan terpuji, menyatukan barisan dan berterusan dengannya tanpa terputus. 

-Sentiasa menjaga ahli keluarga, anak-anak dan kerabat kita di mana kita bergaul, menyantuni dan memberi makanan ruh, jiwa dan akal mereka supaya sentiasa berada di atas petunjuk Allah dan RasulNya juga mengambil pengalaman dan pengajaran daripada murabbi yang benar. 

-Sentiasa mendedahkan konspirasi dan perancangan musuh supaya masyarakat awam tidak tertipu dan berusaha menggagalkan rancangan jahat ini melalui apa jua cara yang terdaya selagi tidak bertentangan prinsip syarak yang suci. 

Oleh itu kita hendaklah sentiasa melaksanakan semua di atas selepas Ramadhan tahun ini seperti yang kita telah tempuhi dan rasainya di bulan Ramadhan.

Beberapa perkara yang patut kita berikan perhatian

-Berwaspada dari syaitan kerana setelah satu bulan dengan ibadah yang panjang selepas berakhir Ramadhan dan hari pertama syawal akan berlaku kemerosotan amalan, tetapi pada ketika berlaku kemerosotan ini syaitan sedikitpun tidak menolong kamu bahkan menambahkan lagi kemerosotan itu.

-Tidak logic kita meninggalkan semua ini..kamu jatuh dari cita-cita tertinggi kerana Allah telah mengurniakan nikmat kepada kita dengan ibadah yang panjang di bulan Ramadhan dan selepas Ramadhan. Kita telah mengetahui kesan ibadah dan kita telah merasai makanan iman, kemanisan ibadah dan kelazatan munajat. Oleh itu kita perlu memelihara kenikmatan ini dengan cara kita memberi perhatian kepada ketaatan, menghidupkan ibadah dan mengikuti jalan yang lurus dan petunjuk yang benar melalui tilawah al-Quran walaupun satu halaman sehari, mengamalkan doa harian walaupun beberapa minit selepas solat isyak, mengamalkan zikir harian dengan zikir pagi dan petang, menunaikan solat lima waktu secara berjamaah semampu mungkin, bergaul dengan sahabat yang soleh dan mengutamakannya hingga sebahagian mereka membantu sebahaian yang lain untuk taat dan teguh hati. 

- Soalan yang sering ditanya kebanyakan orang ialah adakah Allah menerima Ramadhan kita? Oleh itu kita mestilah menjadikan selepas Ramadhan suatu kebaikan dan kesejahteraan pada kita..kita melaksanakannya di minggu pertama selepas Ramadhan kerana kita bimbangkan diri kita..kalau kita tetap melakukan ibadah dan perbuatan maksiat. Adapun kalau kita dapati perlaksanaan ibadah dan akhlak kita meningkat dan berubah ke arah lebih baik selepas Ramadhan kita rasa gembira dengan izin Allah sebelum kita bertemu Ramadhan semula..

Dengan makna ini kita semestinya menghayati dan mengambil kebaikan daripada bulan Ramadhan yang mulia untuk pembangunan dan pembinaan jiwa kita dalam semua lapangan supaya menjadi sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.  
  
Kita mohon Allah menerima amal ibadah kita dan menolong kita melakukan kebaikan pada bulan-bulan akan datang selepas Ramadhan. Allah adalah pemiliki atas semua perkara dan berkuasa atas segala sesuatu.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=54207&SecID=36

10 LANGKAH KEKAL DALAM KETAATAN PASCA RAMADHAN



Semasa berada di bulan Ramadhan saya benar-benar dalam suasana penuh ketaatan dan ibadah..saya memperbanyakkan ibadah sunat, saya merasai kelazatan beribadah dan saya banyak membaca al-Quran, bahkan saya tidak pernah ketinggalan menunaikan solat berjamaah dan sentiasa menjaga mata dari melihat perkara yang diharamkan Allah..tetapi selepas Ramadhan segala kelazatan beribadah seperti yang diperolehi di bulan Ramadhan hilang. Saya juga tidak menitik beratkan ibadah. Saya kerap tertinggal solat subuh berjamaah..ibadah sunat dan bacaan al-Quran saya turut berkurangan. Adakah masalah saya ini ada jalan penyelesaian atau penawarnya?

Menurut Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jabarin yang merupakan seorang ulamak Saudi.

Saudara, saya cadangkan sepuluh langkah untuk mengekalkan kita sentiasa dalam amal soleh selepas Ramadhan:

1.  Langkah pertama dan yang paling utama ialah memohon pertolongan Allah supaya kita sentiasa dalam hidayah dan keteguhan. Allah telah memuji doa orang yang bersungguh-sungguh diberikan hidayah. Firman Allah: 

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“Mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”. (Ali-Imran: 8)

2. Kerap duduk dalam majlis orang soleh dan menitik beratkan majlis zikir umum seperti ceramah atau kuliah agama dan majlis zikir khas seperti menziarahi orang soleh.

3. Mengenali sejarah hidup para solihin melalui pembacaan buku atau mendengar kaset atau cd, khususnya sejarah para sahabat kerana semua ini membangkitkan jiwa yang penuh azam dan tinggi cita-cita.

4. Seringkali mendengar kaset atau cd Islam yang memberi kesan seperti khutbah, ceramah, tazkirah, kuliah dan menonton rakaman aktiviti Islam dari satu masa ke satu masa.

5. Menitik beratkan perkara fardu seperti solat lima waktu dan mengqada’ puasa Ramadhan yang tertinggal kerana perkara fardu mempunyai kebaikan yang besar.

6.Menitik beratkan ibadah sunat sekalipun sedikit kerana menurut sabda nabi saw:
"Amalan yang paling disukai Allah ialah yang konsisten biarpun sedikit". (Baihaqi)

7. Mulakan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Sentiasa membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat fardu dan sunat. 

8. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan beristighfar kerana ia adalah amalan yang mudah dan manfaatnya sangat besar iaitu menambahkan iman dan menguatkan hati.

9. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan hati seperti sahabat yang buruk, menonton television, banyak bercakap, mendengar lagu, menyanyi dan sukakan hiburan, menatap majalah yang lucah.

10. Cadangan terakhir saya kepada saudara yang dikasihi ialah segera bertaubat dengan taubat nasuha supaya tidak kembali semual ke lembah kehinaan dengan izin Allah kerana Allah sangat suka hamba yang bertaubat.

Saudara, janganlah anda termasuk ke dalam golongan yang hanya mengenali Allah di bulan Ramadhan! Para Salaf as-soleh pernah berpesan:
 
“Seburuk-buruk kaum ialah yang hanya mengenali Allah pada bulan Ramadhan sahaja”.

Berdoalah semoga saudara bertemu Ramadhan yang lain dan saudara dalam keadaan sihat wal afiat serta masih teguh di atas agama Allah insya Allah. Wallahu A’lam

Saturday, September 11, 2010

PELANCARAN PEJABAT BARU IKRAM KAJANG


YDP , Dr Kamal Nasharuddin Mustapha bersama ahli IKRAM Kajang dimalam pelancaran pejabat IKRAM Kajang. Suasana mesra dan penuh ukhuwah dirasakan bila ramai ahli turut serta bersama menjayakan malam tersebut. 


























Ahli dari pelbagai lapisan umur juga hadir untuk memberi sokongan padu pada malam pelancaran tersebut. 




Ahli-ahli wanita juga turut hadir menyertai malam pelancaran Pejabat IKRAM Kajang yang penuh bermakna. Ini menguatkan lagi pergerakan IKRAM Kajang dengan penglibatan aktif sayap wanita. 







Ahli-ahli IKRAM Kajang juga menyertai malam tersebut. Kelihatan TYDP  saudara Mohamad Riza Haroun juga merangkap Ketua JK Pemuda dan Ketua JK Tarbiyah Ustaz Salehan dalam majlis yang penuh bermakna.  

PROGRAM RIADHAH IKRAM KAJANG

Program riadhah IKRAM Kajang yang disertai oleh generasi dari pelbagai lapisan umur di padang Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.